Kalau lelaki handsome pendiam Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...
kalau lelaki handsome berbuat jahat Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...
kalau lelaki handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...
kalau lelaki handsome bawa BMW perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMWperempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...
kalau lelaki handsome tak mau bergambar perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar perempuan akan cakap: tak sanggup melihat hasilnya ya?...
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan,perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan,perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....
kalau lelaki handsome bersedih hati perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hatiperempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
Monday, March 23, 2009
Hensem vs xhensem
Posted by mie at 8:35 PM 0 comments
Jenis orang yang Anda perlu hati2
Hati-hati bila berada dekat dengan orang yang banyak merancang, tapi tak melaksanakan apa yang dirancang. Anda perlu berheti-hati dengan orang sebegini kerana sikapnya akan melarat kepada sesiapa saja yang berhampiran dengannya. Orang yang banyak merancang, ada baiknya. Dia penting kerana dia boleh terfikir idea yang orang lain tak pernah terfikir langsung. Tu yang lebihhnya dia.Kelemahannya cuma satu, lambat melaksanakan apa yang dirancang. Kekadang tindakan jauh dari apa yang sudah dirancang. Lain yang dirancang, lain yang dibuatnya.Orang sebegini biasanya bekerja pada level pertengahan dalam sesebuah organisasi. Ada juga orang seperti mereka menjadi ketua, tapi biasanya mereka tak bertahan lama sebab orang dibawah pimpinan mereka akan merasa ada yang tak kena. Sebab pertama Anda kena jauhi orang sebegini kerana lambat laun Anda juga akan terkena kesan dari sikap mereka.Kalo bukan Anda yang susah sama-sama dengan dia, Anda akan terkena tempias kesilapaannya. Satu lagi keburukan sikap orang sebegini adalah suka menyalahkan orang lain disekeliling atas kesilapan yang telah dilakukan olehnya. Semua ini hanya panduan. Tak semestinya betul, boleh jadi salah kerana ia hanya berdasarkan pendapat je.
Posted by mie at 8:32 PM 0 comments
Monday, March 16, 2009
Linux - Ubuntu !
Ok.. Bagi Sesiapa Yang bORING menggunakan os Window Xp ke window vista ka.. apa kata kita try Os Linux plak ? mau x? iaitu Ubuntu?
hhuhuh...
ScreenShooT :-
Desktop :-
3D Dekstop :-
DOWNLOAD :-
http://www.ubuntu.com/getubuntu/download
P/S : Lepas Download Extract Pastu BurN CD lepas2 Boot Macam Biasa..
Posted by mie at 10:44 PM 0 comments
Labels: Info IT
OpenOffice "VS" microsoft office
OpenOffice" merupakan utiliti pemprosesan perkataan yang telah dibangunkan oleh "sun microsystem" untuk menjadi alternatif kepada microsoft office.
Yang menarik mengenai perisian ini adalah ianya boleh didapati secara percuma dan mampu untuk menyelia kebanyakkan fail yang ditulis dalam format microsoft office. Kandungan perisian OpenOffice
1)Openoffice.org Base 2)Openoffice.org Calc
3)Openoffice.org Writer
4)Openoffice.org Math
5)Openoffice.org
Draw Perisian openoffice.org boleh dimuat turun secara percuma daripada http://www.openoffice.org/
selamat mencuba
Posted by mie at 10:42 PM 0 comments
Labels: Info IT
Bulan Kelahiran
Posted by mie at 10:18 PM 0 comments
Thursday, March 12, 2009
Kita buat orang.. Orang buat kita balik
Apa yang Anda buat akan dibalas dengan tindakan setimpal. Kita senangkan orang, orang senangkan kita balik. Kita susahkan orang, orang susahkan kita balik. Bahkan, susah kita akan jadi dua kali ganda lebih susah dari susah yang sebelumnya.
Anda, saya dan kita semua hidup dalam komuniti bermasyarakat.Kita takkan dapat mencapai sesuatu kejayaan tanpa memerlukan pertolongan mereka. Walaupun kita boleh berkata kita berjaya hasil usaha sendiri, hakikatnya masih ada orang lain terlibat dalam usaha kita. Mereka mungkin merupakan ibu, bapa, abang, adik atau mana-mana ahli keluarga.Untuk hidup kita jadi ceria, gembira lalu penuh dengan pelbagai macam kegembiraan, senangkan hati orang lain terlebih dahulu.
Senangkan hati mereka, gembirakan mereka tanpa mengharap ganjaran.Selagi Anda kekalkan sikap begitu, selagi itulah hidup Anda lancar saja, kurang dari segala macam permasalahan. Anggap perbuatan itu sebagai ‘tanam saham’. Satu masa nanti, Anda akan dapat pulangannya.
Doa orang yang kita selalu senangkan hatinya amat mujarab. Getaran tenaga positif yang datang dari mindanya akan membuat hidup Anda penuh dengan keceriaan yang seterusnya menyumbang pada kecemerlangan berpanjangan.Sebaliknya, jika Anda susahkan orang, doa orang yang Anda susahkan tu dua kali ganda amat mujarab, kerana dia teraniaya oleh perbuatan Anda. Allah swt cepat memakbulkan doa orang yang teraniaya.
Getaran emosi negatif dari mindanya akan mempengaruhi hidup Anda lalu menjadikan hidup Anda haru biru, tak keruan jadinya.Mulai hari ini, untuk Anda kekal cemerlang, kekal bersemangat jangan pernah lupakan orang disekeliling Anda.
Gembirakan hati mereka, senangkan hati mereka seadanya, jangan sampai mereka pula sakit hati dengan Anda kerana kesannya amat bahaya! Ia menurunkan tahap motivasi Anda dengan cepat.
salam.. hehe
Posted by mie at 12:33 AM 0 comments
Labels: Mutiara Kata
Kita kena ada sikap pemaaf
Seringkali dalam persahabatan, akan ada perselisihan faham, ketidaksamaan pendapat dan idea yang berlainan. Kesannya, timbul ketidaksefahaman, dingin hati atau rasa cuba menjauhkan diri perlahan-lahan.Masalah gini senang selesai bila adanya sikap pemaaf. Andai kedua-duanya panas baran, ego dan hanya mahu menang, persahabatan yang terbina akan bertukar menjadi permusuhan tegar lalu membawa kepada perang dingin berpanjangan.
Tidak semua orang boleh mendidik hati mereka supaya jadi pemaaf, sebab mereka mahukan orang lain yang minta maaf dulu ngan mereka. Dah menjadi sikap manusia, mereka mahu di hargai, mahu dihormati.
Bila pertelingkahan timbul, mereka payah nak jadi pemaaf.Bagaimana dengan Anda? Adakah Anda juga susah nak memaafkan kesalahan orang lain?Jika begitu, Anda tergolong dalam kalangan orang yang kurang bermotivasi, susah nak jadi bersemangat sebab di hati Anda penuh dengan noda hitam dari fikiran-fikiran negatif.
Benci, meluat dan dendam tu adalah fikiran negatif sebenarnya.Contohi sikap Rasulullah s.a.w. yang pemaaf, walaupun dia pernah luka di lempar batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Saya sedar kita bukan setabah Rasulullah s.a.w, namun kita boleh membina sikap pemaaf, penyabar dengan mencontohi sikap
Baginda.Latih diri Anda menjadi pemaaf, kerana ia dapat membuang fikiran-fikiran negatif yang bersarang di hati. Kesannya, Anda senang di dekati oleh sesiapa saja, even complete strangers. Sesiapa saja akan melihat Anda unik lalu tertarik untuk mengenali Anda dengan lebih lanjut lagi.
Dalam perhubungan, ia akan membuat rakan Anda menyenangi Anda dan bersemangat bila bersama Anda.Hargailah kawan, kerana tanpa sokongan darinya, Anda keseorangan lalu membuat diri jauh dari kejayaan.salam.. hehe
Posted by mie at 12:30 AM 0 comments
Labels: Mutiara Kata
Sentiasa berusaha walaupun ada masalah yang menimpa
Mengejar kejayaan memerlukan banyak pengorbanan masa, tenaga bahkan wang ringgit. Anda terpaksa menerima hakikat, memburu kejayaan sememangnya satu usaha yang payah. Namun, bersungguh-sungguhlah walaupun ia payah.
Sebab, di sebalik kesususahan, ada kesenangan. Biar Anda susah, payah dan penat sekarang ni tapi bila sudah berjaya nanti, Anda boleh bersenang lenang, jalan-jalan dan bercuti sesuka hati selama mana yang Anda mahu. Tidak perlu hairan mengapa orang-orang cemerlang yang dahagakan kejayaan sanggup bersungguh-sungguh walaupun payah, rajin gila!.
Mereka sudah tahu dari awal, kerja keras hari akan membuat mereka senang di hari esok, bukannya senang hari ini, bersuka ria hari ini tapi susah di hari esok. Anda dalam golongan yang mana satu? Jangan mengeluh andai Anda bertembung dengan dugaan hebat. Jangan mengeluh apabila apa yang Anda usahakan menemui kegagalan. Come on, itu bukan gagal, tapi Anda berjumpa dengan cara yang salah. Kena usaha lagi supaya dapat cari cara yang betul.
Masalah ramai orang adalah, mereka terus berhenti apabila menempuh kegagalan. Sebab itu, orang yang cemerlang cuma sedikit di antara kita, tak kira yang berjaya dalam pelajaran, sukan, dalam kerjaya mahupun perniagaan. Pasang niat di dalam hati, Anda mahu bersungguh-sungguh, walau sepayah manapun usaha yang perlu dicurahkan. Set dalam fikiran, Anda mahu mencapai matlamat dengan cara apa sekalipun, janji halal. Tekad mahu berjaya mula dari hari ini juga…
Bila kejayaan dalam genggaman, ia merupakan kenangan yang amat manis! salam.. hehe
Posted by mie at 12:23 AM 1 comments
Labels: Mutiara Kata
Wednesday, March 11, 2009
Kenangan Final Kedah di Stadium Bukit Jalil
Posted by mie at 10:54 PM 0 comments
Labels: My Personal
Tuesday, March 10, 2009
Hidup Ini Mencabar Tapi Pasti Ada Cara Menanginya..
Hidup ini sememangnya mencabar. Tapi, bagi setiap cabaran, mesti ada cara nak memenanginya.Andai kita menganggap life is hard maka itulah yang menjadi mindset yang diserap oleh minda separa sedar kita.
Bila dalam fikiran suda terserap life is hard (hidup ini sukar) maka semua yang lakukan akan jadi sukar. Kesannya, Anda jadi tertekan, kurang bermotivasi serta lebih cenderung menyalahkan takdir.Semua yang keras, pasti ada cara melembutkannya.Anda ada yang susah, mesti ada cara menukarkannya menjadi senang. Semua yang senang, pasti ada cara menjadikannya lebih senang dari senang yang biasa.
Untuk menjadikan Anda seorang pemenang berdepan dengan cabaran hidup, perlu ada ‘power’.Power ni datang dari beberapa sumber, antaranya ilmu pengetahuan, semangat yang tinggi dan inspirasi yang tak pernah putus. Lebih banyak sumber ni dikumpul, maka semakin power, semakin energetik Anda jadinya.Ramai orang berkata, knowledge is power. Itu betul, bahkan telah dibuktikan oleh orang-orang berjaya sebelum ni.Mereka berjaya kerana mengaplikasikan apa yang mereka tahu.
Seperti mereka, Anda juga menjadi lebih power bila mengaplikasikan apa yang Anda tahu.Selain mengaplikasikan ilmu, Anda boleh berubah menjadi semakin power bila bersemangat tinggi, disamping membara dengan inspirasi setiap masa, setiap kali Anda bernafas bukan setakat sehari dua. Ini cara untuk memenangi cabaran hidup.Masalah, emosi down, perbalahan, pertengkaran, kesilapan dan kegagalan tetap akan muncul dalam proses kita menempuh cabaran.
Tetapi, itu semua sementara.Lama-kelamaan, semua yang sementara akan menghilang dan sesuatu yang lain akan menggantikan tempatnya, dengan syarat Anda mesti sanggup berubah terlebih dahulu.Bukan mahu, tapi mesti berubah!Pandang hidup ini dari sudut yang positif. Cabaran membentuk Anda menjadi seorang yang kuat. Kuat di minda, emosi dan rohani.Serap masalah menjadi cabaran lalu tukarkan ia menjadi sesuatu yang positif. Berfikiran positif membolehkan diri Anda memenangi cabaran tu lalu menggenggam kejayaan di akhir garisan.Dalam sejarah tak pernah ada orang berfikiran negatif menang setelah berdepan cabaran, semuanya kecundang.
Jadi, sematkan dalam hati,
Anda tekad, BERANI berubah untuk kecemerlangan hidup!
salam. hehe
Posted by mie at 6:09 AM 0 comments
Labels: Mutiara Kata
Saturday, March 7, 2009
kEHIdupAN LebIH BERmakNA jikA KIte waRNAKannYE DenGAn pERIbADi yaNg mULIa
Tetapi ia amat manis untuk dikenang.
Hidup tak selalu indah,tapi yang indah itu tetap dalam kenangan.
Andai hadirnya cinta sekadar mengecewakan,lebih baik cinta itu tak pernah hadir,
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir,
Masa depan yang cerah bedasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan,
Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya,
Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa.
Posted by mie at 4:43 PM 0 comments
Labels: My Personal